SameSite=Lax
top of page

Zambia: Mengulas Garis Panduan Jenis Kelulusan

Writer: Glodacert GlodacertGlodacert Glodacert

Updated: 13 Ogo 2021

Lembaga Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ZICTA) menyemak semula garis panduan jenis kelulusan. Ia berlaku kepada alat telekomunikasi elektronik yang membentuk sebahagian daripada servis telekomunikasi elektronik atau yang digunakan sebagai servis telekomunikasi elektronik. Buat masa ini, garis panduan yang digunakan adalah yang telah dikeluarkan pada tahun 2015. Garis panduan yang terkini masih lagi dalam perbincangan. Dokumen dibuka untuk perbincangan sehingga April 30

Veris terbaru itu menerangkan prosedur permohonan dengan lebih jelas dan mementukan dokumen yang diperlukan bagi setiap proses permohonan. Proses tersebut terbahagi kepada:

  • Jenis Kelulusan

  • Jenis Penerimaan

  • Pengubahsuaian




Jenis kelulusan dan penerimaan adalah dikeluarkan kepada model alat komunikasi yang spesifik. Semua sijil adalah sah melainkan digantung.

Proses kelulusan yang berkaitan akan dijalankan, jika alat tersebut tidak disahkan oleh ZICTA, Peraturan Nasional atau Lembaga Penilaian Kesesuaian. Walaubagaimanapun, Proses penerimaan akan diadakan jika mempunya sijil untuk peranti tersebut.

Proses pengubahsuaian boleh dilakukan selepas diluluskan dan diterima, tetapi penyesuain mungkin akan menjejaskan ciri-ciri teknikal. Proses ini juga boleh diguna pakai dalam kes menamakan atau penjenamaan semula peranti yang telah diluluskan.

Mengikut garis panduan, sijil boleh digantung tertakluk kepada kes-kes berikut:

  • Apabila maklumat model peranti adalah palsu;

  • Model tidak menepati syarat atau piawaian yang berkaitan;

  • Apa jua situasi yang menyebabkan Lembaga enggan memberikan kelulusan;

  • Piawaian yang berkaitan telah diubah;

  • Pembatalan atas kepentingan awam.

 

Commentaires


  • VIP
  • 聯繫
bottom of page